Sunday, 21 February 2016

Kronologi - Trip to Tanah Merah Kelantan Misi Kahwin

Assalamualaikum. Lama saya tak post cerita dalam blog. Jadi hari ini berkesempatan la sikit selepas balik dari Kelantan Darul Naim. Yang lebih dikenali Serambi Mekah. Suasana mendung dan redup je di Kelantan, Trip kali ni bertujuan membawa ahli-ahli keluarga ke Majlis Perkahwinan adik aziz. Adik lelaki bongsu. Oklah, jom tengok kronologinyer.

10 Feb 2016
8.00 am
Bertolak dari Sik yang indah permai lebih kurang jam 8.00 pagi bersama saudara dari Alor Setar. Dapat melihat pemandangan yang indah ketika diperjalanan Lata Mengkuang. Lama tak singgah bermandi-manda disitu. Tempat yang cukup best bila nak hilangkan stress adalah tempat rekreasi yang sejuk dan nyaman.

8.30 am
Singgah dibaling untuk isi minyak dan angin kereta. Dan tengok Gunung Baling yang tersergam indah. Teruskan perjalanan ke Kelantan pada jam 8.45 am.

9.40 am
Singgah di perhentian area Grik untuk makan dan minum.

11.20 am
Tiba dipuncak Titiwangsa. Rehat , minum dan bergambar.


1.30 pm
Tiba dirumah saudara di Tanah Merah pekena nasi dagang.

3.00 pm
Check in homestay di Taman Bandar Bharu Kota Harmoni Tanah Merah

11 Feb 2016
2.33 pm
Bertolak ke rumah bakal pengantin perempuan.

3.00 pm
Majlis Akad Nikah adik lelaki bongsu ku Abdul Aziz bersama pasangannya yang comel lotey orang klate royak. Hehehe..

4.30 pm
Berangkat pulang ke Kedah dan selamat sampai pada jam 10.00 pm. Alhamdulillah



No comments:

Post a Comment