Hari ini merupakan penghujung bulan 1 bagi tahun 2016. Tahun yang diwar-warkan begitu getir buat rakyat Malaysia khususnya. Namun ia mungkin hanya khabaran yang tidak baik. Bagi orang yang memiliki hati yang kental dan tidak mengharapkan bulan jatuh ke riba ianya tidak mempengaruhi langsung pencapaian mereka.
'Work Hard'
Kerja kuat , bekerja bersungguh-sungguh dan rajin dalam mencapai apa yang diingini. Saya sangat suka kepada pelajar saya yang tidak hanya mengharap bantuan kewangan daripada parents mereka. Banyak faktor sebenarnya. Yang paling saya suka ialah pelajar saya belajar berdikari, biar mereka tahu yang sebenarnya ibubapa mereka bukan mudah untuk mendapatkan duit. Selain tu, mereka juga dapat merasa kepuasan apabila duit yang diperoleh itu adalah hasil dari titik peluh mereka sendiri. Bukannya apa, hidup kita tidak selalunya indah. Kena tahu, kadang-kadang kita di atas kadang-kadang kita di bawah. Tahu kan bumi itu bulat, takdir kita juga jarang-jarang menyebelahi kita. Namun, kita harus yakin yang aturan itu adalah daripada Allah SWT.
Bila dah rasa kepayahan mencari rezeki dengan sendiri kita belajar, "Ohh, ini tidaklah seindah yang diceritakan". Susah payah itu adalah pengalaman. Pengalaman itu sangat mengajar kita. Bukan senang nak senang dan bukan susah nak susah. Kekuatan mental akan sentiasa terbina tatkala cabaran dan dugaan berjaya kita tempuhi. Jadi, bermula dari sekarang belajar lah tentang susah payah. Tak kisah samada dalam mencari rezeki atau pun nak siapkan sesuatu tugasan. Biar kita puas dengan usaha kita.
Work with heart
Kerja sepenuh hati menetapkan keikhlasan dalam diri. Bukanlah mudah. Ikhlas itu tidak dapat diungkapkan dengan kata-kata. Biar kerja yang dibuat datang keseronokan sendiri dan merasakan semua yang aku kerjakan ini bukan untuk diriku dan orang lain tetapi kerana Allah SWT. Kita sebagai makhluk yang diciptakan. Dunia hanya persinggahan yang dicatat hanyalah amalan. Amalan pulak ada yang baik dan ada yang buruk. Kalau dikejar sangat kekayaan apa yang kita dapat mungkin secara zahirnya sahaja. Tetapi pengisian hatinya tidak ada. Sangatlah rugi. Biarlah sesuatu yang kita lakukan itu dihadapannya ataupun dipengakhiran kita ada ganjaran yang baik. Ikhlaskan hati. Macamana? Biarlah bermanfaat kepada orang lain. Sebelum membuat sesuatu perkara fikir dahulu apa akan terjadi sekiranya aku buat begini- dan begini. Baik kah atau buruk kah pengakhirannya?

