Monday, 5 December 2016

Kita lihat kita nilai tetapi tidak belajar

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Semoga kita sentiasa dalam peliharaan Allah Taala. Hari ini, nampak seorang tua berbangsa Cina naik moto. Pagi-pagi bawak sayur penuh motor untuk dijual. Bayangkan umur sebaya nenek-nenek dan atuk-atuk umur 70 tahun masih lagi kerja cari duit. What is your thought? Apa yang saya, kamu dan orang lain fikir????

Haaa...ni yang aku nak bagitahu. Ada orang akan fikir:
1. Ohhh.. Ni mesti anak dia tinggal dia ni..besar2 sudah lupa mak ayah..
2. Ni salah kerajaan la ni..barang semua naik..barang mahal sampai org tua mcm ni pon kna kerja..
3. Mabuk kot..nk beli nombor ekor..
4. Org tua ni rajin..keja kuat..style tak boleh duduk saja..

Perception - Anggapan - Sangkaan kita menilai seseorang..good or bad.kebanyakannya terlalu banyak buruk dari baik..bersangka baik lah selalu. Sebelum menilai orang, nilai diri kita. Observe orang utk belajar bukan untuk menilai. Apa yang kita dpt belajar dari orang tua cina tadi.
1. Walaupun dah tua, bila badan sihat rajin bekerja
2. Pagi-pagi usaha dari kedai ke kedai mencari rezeki. Gigih usaha tanya 'Ada mau sayur tak'
3. Tak tahu penat lelah.

Ada banyak lagi kita perlu belajar daripada observation terhadap orang. Cara kita menilai dan belajar adalah sesuatu yang berbeza. Belajar lah sesuatu daripada seseorang yang kita lihat. Ambil yang positif daripada pemerhatian mata kita. Tidak perlu menilai. Good thought, give you good health.

Sekarang media sangat memainkan peranan penting, tajuk akhbar, majalah dan sebagainya memberikan perception tertentu kepada kita. Sebagai manusia, yang hidup dimuka bumi tidak ada yang sempurna. Tapi apabila yang buruk berlaku kepada kita. Tajuk itulah yang menjadi tajuk utama akhbar. Semuanya kerana memikirkan keuntungan semata-mata. Akbar laris, duit berkepuk. Tapi, kesannya adalah pada masyarakat. Orang hilang percaya, rasa tidak selamat, panik dan sebagainya.

Untuk elakkan semua ini, kita sendiri yang perlu ubah. Give good perception dan sentiasa bersangka baik. Itu saja. Minda positif dan percaya pada benda yang positif akan memberi kesan positif pada tubuh badan. Akhir kalam, jaga mata ,telinga dan paling penting jagalah hati. Istighfar selalu.

Salam harmoni

No comments:

Post a Comment