Dalam menghadapi kemelut ekonomi bagi tahun 2016, ada 9 perkara yang perlu kita ambil berat.
Yang Pertama,
Memberi jawapan yang jujur dan telus kepada soalan "Apakah cita-cita dan impian anda?
Sebabnya kehidupan singgahan semata-mata dan terlalu singkat. Lakukan perkara yang berfaedah dan memberi manfaat kepada diri anda dan orang lain. Bayangkan diri anda untuk 5 tahun akan datang, apa yang anda impikan dan apa yang harus anda lakukan demi mencapai impian tersebut.
Yang Kedua,
Menepati masa. Kita tahu bahawa masa sangat penting. Gaji kita ,kerja dan perkara yang kita lakukan semuanya berkaitan dengan masa. Tugasan perlu dilakukan dalam masa yang telah ditetapkan. Tak kira apa pun masa perlu diutamakan. Pastikan masa dipatuhi dan contohi rakyat Jepun yang sangat menghargai masa mereka. Sebab sikap disiplin itulah mereka menjadi negara maju tanpa bantuan negara lain. Untuk memastikan masa dipatuhi, tetapkan masa jam anda sedikit pantas supaya anda tidak terlambat.
Yang Ketiga,
Bekerja dengan jati diri dan semangat yang membara. Ambil peluang yang ada untuk membantu meningkat keyakinan diri anda. Lakukan perkara yang anda fikirkan betul dan lakukan ia sehabis baik. Perkara yang baik dan betul yang telah dilakukan akan membantu anda bekerja dengan semangat yang membara.
Yang Keempat,
Pilih untuk memberi galakan/dorongan berbanding komen/kritik. Ubah diri anda daripada mengomel perkara yang tidak memberi faedah, komen atau kritikan yang tidak membina kepada memberi dorongan dan galakan yang baik untuk kebaikan anda dan orang lain. Positifkan diri anda setiap masa dan hindarkan alasan-alasan yang tidak munasabah.
Yang Kelima,
Menjaga kesihatan mental. Memberi galakan yang baik dan positif membantu anda dari segi ketenangan jiwa. Selain itu, dapat mengurangkan stress.
Yang Keenam,
Bergaul dengan rakan-rakan dan persekitaran yang positif. Pergaulan dengan rakan kerja yang sentiasa memberi sokongan samada dari segi moral dan sebagainya dapat membantu peningkatan diri anda. Ini dapat memberi aura positif dalam diri anda.
Yang Ketujuh,
Kegembiraan anda adalah keutamaan. Hargai diri anda dengan melakukan sesuatu yang menggembirakan hati anda. Secara tidak langsung, ia dapat memberi kepuasan dan ketenangan dalam diri anda. Lakukan sesuatu yang anda minati yang sentiasa menghilangkan kerut diwajah anda.
Yang Kelapan,
Menepati janji. Menepati janji sangat dituntut. Setiap janji-janji itu wajib ditepati kecuali jika kita ada alasan yang tidak dapat dielakkan.
Yang Kesembilan,
Hargai diri anda. Hargai apa yang diri anda miliki sekarang. Mungkin orang lain tidak bernasib baik seperti anda. Apa yang kita miliki sekarang wajib disyukuri. Dengan merasa cukup insya Allah , rezeki akan bertambah. Niat yang baik akan dibalas kebaikan.
'Setiap kebaikan yang kita lakukan , yakinlah ada ganjaran yang akan kita terima walaupun sebesar zarah'
No comments:
Post a Comment