Friday 7 April 2017

Doa keselamatan dan memohon diringankan beban

رَبَّنَا لَا تُؤَاخِذْنَا إِن نَّسِينَا أَوْ أَخْطَأْنَا ۚ رَبَّنَا وَلَا تَحْمِلْ عَلَيْنَا إِصْرًا كَمَا حَمَلْتَهُ عَلَى الَّذِينَ مِن قَبْلِنَا ۚ رَبَّنَا وَلَا تُحَمِّلْنَا مَا لَا طَاقَةَ لَنَا بِهِ ۖ وَاعْفُ عَنَّا وَاغْفِرْ لَنَا وَارْحَمْنَا ۚ أَنتَ مَوْلَانَا فَانصُرْنَا عَلَى الْقَوْمِ الْكَافِرِينَ


"Ya Tuhan, janganlah Engka siksa kami karena lupa atau bersalah. Ya Tuhan, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana telah Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami. Ya Tuhan, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tidak sanggup kami memikulnya. Beri maaflah kami, ampunilah kamj, dan rahmatilah kami. Engkaulah Penolong kami, maka tolonglah kami dalam mengalahkan orang-orang kafir." [2].

Surah Al Bagarah Ayat 285 dan 286

Manusia selalunya melakukan kesilapan dan kesalahan. Tetapi bila diuji sedikit kepayahan, cabaran dan dugaan hidup. Barulah kita ingat pada Yang Esa. Allah uji tandanya Allah sayang. Dia tidak mahu kita terus hanyut tanpa panduan. Kadang-kadang kita terlalu gembira dengan harta ,keseronokan dunia. Ujian hidup sebagai batasan kita supaya tidak leka dan alpa. Kerana dunia ini diciptakan hanya sementara untuk dilihat sejauh mana ketakwaaan hamba-hambanya. Semoga kita kembali pada Pencipta dengan amalan yang baik dan pengakhiran yang baik.Amin ya Rabbal Alamin

Monday 5 December 2016

Kita lihat kita nilai tetapi tidak belajar

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Semoga kita sentiasa dalam peliharaan Allah Taala. Hari ini, nampak seorang tua berbangsa Cina naik moto. Pagi-pagi bawak sayur penuh motor untuk dijual. Bayangkan umur sebaya nenek-nenek dan atuk-atuk umur 70 tahun masih lagi kerja cari duit. What is your thought? Apa yang saya, kamu dan orang lain fikir????

Haaa...ni yang aku nak bagitahu. Ada orang akan fikir:
1. Ohhh.. Ni mesti anak dia tinggal dia ni..besar2 sudah lupa mak ayah..
2. Ni salah kerajaan la ni..barang semua naik..barang mahal sampai org tua mcm ni pon kna kerja..
3. Mabuk kot..nk beli nombor ekor..
4. Org tua ni rajin..keja kuat..style tak boleh duduk saja..

Perception - Anggapan - Sangkaan kita menilai seseorang..good or bad.kebanyakannya terlalu banyak buruk dari baik..bersangka baik lah selalu. Sebelum menilai orang, nilai diri kita. Observe orang utk belajar bukan untuk menilai. Apa yang kita dpt belajar dari orang tua cina tadi.
1. Walaupun dah tua, bila badan sihat rajin bekerja
2. Pagi-pagi usaha dari kedai ke kedai mencari rezeki. Gigih usaha tanya 'Ada mau sayur tak'
3. Tak tahu penat lelah.

Ada banyak lagi kita perlu belajar daripada observation terhadap orang. Cara kita menilai dan belajar adalah sesuatu yang berbeza. Belajar lah sesuatu daripada seseorang yang kita lihat. Ambil yang positif daripada pemerhatian mata kita. Tidak perlu menilai. Good thought, give you good health.

Sekarang media sangat memainkan peranan penting, tajuk akhbar, majalah dan sebagainya memberikan perception tertentu kepada kita. Sebagai manusia, yang hidup dimuka bumi tidak ada yang sempurna. Tapi apabila yang buruk berlaku kepada kita. Tajuk itulah yang menjadi tajuk utama akhbar. Semuanya kerana memikirkan keuntungan semata-mata. Akbar laris, duit berkepuk. Tapi, kesannya adalah pada masyarakat. Orang hilang percaya, rasa tidak selamat, panik dan sebagainya.

Untuk elakkan semua ini, kita sendiri yang perlu ubah. Give good perception dan sentiasa bersangka baik. Itu saja. Minda positif dan percaya pada benda yang positif akan memberi kesan positif pada tubuh badan. Akhir kalam, jaga mata ,telinga dan paling penting jagalah hati. Istighfar selalu.

Salam harmoni

Sunday 21 February 2016

Kronologi - Trip to Tanah Merah Kelantan Misi Kahwin

Assalamualaikum. Lama saya tak post cerita dalam blog. Jadi hari ini berkesempatan la sikit selepas balik dari Kelantan Darul Naim. Yang lebih dikenali Serambi Mekah. Suasana mendung dan redup je di Kelantan, Trip kali ni bertujuan membawa ahli-ahli keluarga ke Majlis Perkahwinan adik aziz. Adik lelaki bongsu. Oklah, jom tengok kronologinyer.

10 Feb 2016
8.00 am
Bertolak dari Sik yang indah permai lebih kurang jam 8.00 pagi bersama saudara dari Alor Setar. Dapat melihat pemandangan yang indah ketika diperjalanan Lata Mengkuang. Lama tak singgah bermandi-manda disitu. Tempat yang cukup best bila nak hilangkan stress adalah tempat rekreasi yang sejuk dan nyaman.

8.30 am
Singgah dibaling untuk isi minyak dan angin kereta. Dan tengok Gunung Baling yang tersergam indah. Teruskan perjalanan ke Kelantan pada jam 8.45 am.

9.40 am
Singgah di perhentian area Grik untuk makan dan minum.

11.20 am
Tiba dipuncak Titiwangsa. Rehat , minum dan bergambar.


1.30 pm
Tiba dirumah saudara di Tanah Merah pekena nasi dagang.

3.00 pm
Check in homestay di Taman Bandar Bharu Kota Harmoni Tanah Merah

11 Feb 2016
2.33 pm
Bertolak ke rumah bakal pengantin perempuan.

3.00 pm
Majlis Akad Nikah adik lelaki bongsu ku Abdul Aziz bersama pasangannya yang comel lotey orang klate royak. Hehehe..

4.30 pm
Berangkat pulang ke Kedah dan selamat sampai pada jam 10.00 pm. Alhamdulillah



Wednesday 3 February 2016

9 Perkara Penting yang harus kita ambil kisah untuk tahun 2016 yang mencabar

Dalam menghadapi kemelut ekonomi bagi tahun 2016, ada 9 perkara yang perlu kita ambil berat.

 Yang Pertama,
Memberi jawapan yang jujur dan telus kepada soalan "Apakah cita-cita dan impian anda?
Sebabnya kehidupan singgahan semata-mata dan terlalu singkat. Lakukan perkara yang berfaedah dan memberi manfaat kepada diri anda dan orang lain. Bayangkan diri anda untuk 5 tahun akan datang, apa yang anda impikan dan apa yang harus anda lakukan demi mencapai impian tersebut.

Yang Kedua,
Menepati masa. Kita tahu bahawa masa sangat penting. Gaji kita ,kerja dan perkara yang kita lakukan semuanya berkaitan dengan masa. Tugasan perlu dilakukan dalam masa yang telah ditetapkan. Tak kira apa pun masa perlu diutamakan. Pastikan masa dipatuhi dan contohi rakyat Jepun yang sangat menghargai masa mereka. Sebab sikap disiplin itulah mereka menjadi negara maju tanpa bantuan negara lain. Untuk memastikan masa dipatuhi, tetapkan masa jam anda sedikit pantas supaya anda tidak terlambat.

Yang Ketiga,
Bekerja dengan jati diri dan semangat yang membara. Ambil peluang yang ada untuk membantu meningkat keyakinan diri anda. Lakukan perkara yang anda fikirkan betul dan lakukan ia sehabis baik. Perkara yang baik dan betul yang telah dilakukan akan membantu anda bekerja dengan semangat yang membara.

Yang Keempat,
Pilih untuk memberi galakan/dorongan berbanding komen/kritik. Ubah diri anda daripada mengomel perkara yang tidak memberi faedah, komen atau kritikan yang tidak membina kepada memberi dorongan dan galakan yang baik untuk kebaikan anda dan orang lain. Positifkan diri anda setiap masa dan hindarkan alasan-alasan yang tidak munasabah.

Yang Kelima,
Menjaga kesihatan mental. Memberi galakan yang baik dan positif membantu anda dari segi ketenangan jiwa. Selain itu, dapat mengurangkan stress.

Yang Keenam,
Bergaul dengan rakan-rakan dan persekitaran yang positif. Pergaulan dengan rakan kerja yang sentiasa memberi sokongan samada dari segi moral dan sebagainya dapat membantu peningkatan diri anda. Ini dapat memberi aura positif dalam diri anda.

Yang Ketujuh,
Kegembiraan anda adalah keutamaan. Hargai diri anda dengan melakukan sesuatu yang menggembirakan hati anda. Secara tidak langsung, ia dapat memberi kepuasan dan ketenangan dalam diri anda. Lakukan sesuatu yang anda minati yang sentiasa menghilangkan kerut diwajah anda.

Yang Kelapan,
Menepati janji. Menepati janji sangat dituntut. Setiap janji-janji itu wajib ditepati kecuali jika kita ada alasan yang tidak dapat dielakkan.

Yang Kesembilan,
Hargai diri anda. Hargai apa yang diri anda miliki sekarang. Mungkin orang lain tidak bernasib baik seperti anda. Apa yang kita miliki sekarang wajib disyukuri. Dengan merasa cukup insya Allah , rezeki akan bertambah. Niat yang baik akan dibalas kebaikan.


'Setiap kebaikan yang kita lakukan , yakinlah ada ganjaran yang akan kita terima walaupun sebesar zarah'

Sunday 31 January 2016

Work hard work wirh heart.


Hari ini merupakan penghujung bulan 1 bagi tahun 2016. Tahun yang diwar-warkan begitu getir buat rakyat Malaysia khususnya. Namun ia mungkin hanya khabaran yang tidak baik. Bagi orang yang memiliki hati yang kental dan tidak mengharapkan bulan jatuh ke riba ianya tidak mempengaruhi langsung pencapaian mereka.

'Work Hard'
Kerja kuat , bekerja bersungguh-sungguh dan rajin dalam mencapai apa yang diingini.  Saya sangat suka kepada pelajar saya yang tidak hanya mengharap bantuan kewangan daripada parents mereka. Banyak faktor sebenarnya. Yang paling saya suka ialah pelajar saya belajar berdikari, biar mereka tahu yang sebenarnya ibubapa mereka bukan mudah untuk mendapatkan duit. Selain tu, mereka juga dapat merasa kepuasan apabila duit yang diperoleh itu adalah hasil dari titik peluh mereka sendiri. Bukannya apa, hidup kita tidak selalunya indah. Kena tahu, kadang-kadang kita di atas kadang-kadang kita di bawah. Tahu kan bumi itu bulat, takdir kita juga jarang-jarang menyebelahi kita. Namun, kita harus yakin yang aturan itu adalah daripada Allah SWT.


Bila dah rasa kepayahan mencari rezeki dengan sendiri kita belajar, "Ohh, ini tidaklah seindah yang diceritakan". Susah payah itu adalah pengalaman. Pengalaman itu sangat mengajar kita. Bukan senang nak senang dan bukan susah nak susah. Kekuatan mental akan sentiasa terbina tatkala cabaran dan dugaan berjaya kita tempuhi. Jadi, bermula dari sekarang belajar lah tentang susah payah. Tak kisah samada dalam mencari rezeki atau pun nak siapkan sesuatu tugasan. Biar kita puas dengan usaha kita.

Work with heart
Kerja sepenuh hati menetapkan keikhlasan dalam diri. Bukanlah mudah. Ikhlas itu tidak dapat diungkapkan dengan kata-kata. Biar kerja yang dibuat datang keseronokan sendiri dan merasakan semua yang aku kerjakan ini bukan untuk diriku dan orang lain tetapi kerana Allah SWT. Kita sebagai makhluk yang diciptakan. Dunia hanya persinggahan yang dicatat hanyalah amalan. Amalan pulak ada yang baik dan ada yang buruk. Kalau dikejar sangat kekayaan apa yang kita dapat mungkin secara zahirnya sahaja. Tetapi pengisian hatinya tidak ada. Sangatlah rugi. Biarlah sesuatu yang kita lakukan itu dihadapannya ataupun dipengakhiran kita ada ganjaran yang baik. Ikhlaskan hati. Macamana? Biarlah bermanfaat kepada orang lain. Sebelum membuat sesuatu perkara fikir dahulu apa akan terjadi sekiranya aku buat begini- dan begini. Baik kah atau buruk kah pengakhirannya? 


Monday 25 January 2016

Hati Mati? : Apakah tanda-tandanya?

Tanda-tanda hati yang telah mati :


  • Melakukan dosa besar tanpa rasa bersalah.
  • Meninggalkan solat tanpa rasa apa-apa
  • Apabila mendengar ayat-ayat suci Al-Quran hatinya sedikit pun tidak merasa tersentuh.
  • Melakukan maksiat berkali-kali.
  • Tidak suka mendengar nasihat para 'ulamak. Malah ibubapanya sendiri.
  • Peringatan tentang kematian dan hari kebangkitan juga tidak diendahkan.
  • Sangat suka melihat kesusahan dan penderitaan orang lain.
Cara mengubati hati.
  • Baca Al-Quran
  • Zikir
  • Solat sunat
  • Memberi sedekah
  • Berwudhuk
  • Membetulkan niat kerana Allah.

“Ingatlah! Sesungguhnya didalam tubuh manusia itu ada segumpal daging, apabila ia baik maka baiklah seluruh tubuhnya dan jikalau ia rosak, maka rosaklah seluruh tubuhnya, tidak lain dan tidak bukan itulah yang dikatakan hati” (HR. Muttafaq’alaih)
  •  Qiamullail (bangun malam) dengan melaksanakan ibadah hanya kerana Allah. Memohon keampunan dan bertaubat akan kesalahan yang telah dilakukan.
  • Membaca Al-Quran supaya hati menjadi tenang. Hilang rasa gundah gulana yang mengganggu hati manusia.
  • Zikir (mengingati Allah). Sentiasa mengingati Allah walau dimana sahaja kita berada. Mensyukuri dengan pemberian Allah.
  • Melakukan amalan sunnah lebih mendekatkan diri kepada Khaliq (Pencipta yakni Allah)
  • Sabar. Perkataan yang mudah tetapi memerlukan kekuatan di dalam diri bagi menempuhi segala cabaran dan dugaan.

Keindahan perjalanan awan dibawa angin.Subhanallah.

Friday 22 January 2016

Kuew Tiaw Theng Glamer di Sik

Nak rasa Kuew Tiaw Theng terbaik. Kalau nak tau pergilah ke sik. Kedai makan ni memang 'glamor' untuk makan petang-petang. Dari aku kecik lagi dah ada kedai ni. Kuew tiaw goreng ada. kuew theng pon ada. Tapi paling best kuew tiaw theng lah.

Ada masa boleh cuba. Kedai ni betul2 depan stesen bas sik. Nah tengok gambar sikit. Hehehe.
Mesti terliur punyalah. Tambah-tambah budak sekolah menengah agama sik.Hahaha